Salju Sakinah



Tajuk : Salju Sakinah

Pengarang : Zaid Akhtar

Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3604-41-8

Muka Surat : 576 Halaman

Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Meskipun Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, novel ini dengan sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur Tengah selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat.

Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar danSalju Sakinah yang mendapat banyak feedback Rona Bosphorus yang padat dan bertempo pantas, pembaca ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai – sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan.


0Komen Diterima:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen anda

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger