Dia Ataupun Dia?

Tajuk : Dia Ataupun Dia?

Pengarang : Sony Ade

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-22-8

Mukasurat : 272 Halaman

Roni dan Ina pernah saling mencintai, namun secara tiba-tiba Ina melangsungkan pertunangannya dengan lelaki lain. Hati Roni remuk. Walaupun Roni menyimpan rasa perih, dia tetap bersyukur kerana luka itu telah menyedarkannya dan menjauhkan dirinya dari maksiat, perbuatan yang amat dibenci Allah.
Ketika mendung di relung hati Roni masih belum lagi reda, Adelia muncul dalam hidupnya. Gadis berjilbab itu berjaya mengusik hati Roni. Wajah dan peribadi yang menawan bukanlah punca dia mendekati Adelia, tetapi kerana Adelia mirip sekali dengan Ina, gadis dari masa lalunya.
Mengapa bayangan Ina sering kali mengganggu Roni ketika dia merasakan luka di hatinya sudah mulai sembuh? Adakah perasaan yang mula berputik pada Adelia adalah semata-mata kerana Adelia mirip Ina? Lalu, siapa sebenarnya pasangan sejati yang dipilih Allah untuk Roni?

0Komen Diterima:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen anda

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger