Hikayat Amir Hamzah (1) - Menentang Jin Di Bukit Qaf

Tajuk : Hikayat Amir Hamzah (1) - Menentang Jin Di Bukit Qaf

Pengarang : Abdul Latip Talib

Penerbit : PTS Fortuna

ISBN : 978-983-192-116-6

Mukasurat : 368 Halaman

Hikayat Amir Hamzah mengisahkan peristiwa yang berlaku pada abad ke-7 sebelum kedatangan Islam hingga membawa kepada kedatangan Islam. Ia menceritakan kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam bernama Amir Hamzah. Pahlawan yang dimaksudkan dalam cerita ini ialah Saidina Hamzah, pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud menentang tentera Quraisy.

Hikayat Amir Hamzah (2) - Asqar Dewa Bermata Tiga

Tajuk : Hikayat Amir Hamzah (2) - Asqar Dewa Bermata Tiga

Pengarang : Abdul Latip Talib

Penerbit : PTS Fortuna

ISBN : 978-983-192-164-7

Mukasurat : 368 Halaman



Amir Hamzah luka ditetak Bahaman dan dia dilarikan oleh kuda Asqar Dewa ke tempat seorang pengembala kambing. Malik Bahaman dibunuh Umar bin Hamzah. Asma Peri dan Quaraisy Peri dibawa Amir Hamzah pergi berjumpa Puteri Mihran Negara. Umar bin Hamzah pergi ke negeri Farkhari. Di sana dia digoda dan dibunuh oleh saudara perempuan Zubin. Hikayat ini bermula apabila Amir Hamzah yang menetap di Mekah membenarkan Raja Syadad kembali ke negerinya. Apabila menghampiri Mekah, Raja Syadad berbisik dalam hati, “sekiranya tidak disebabkan Raja Nusyirwan mengutuskan surat menyuruhnya ke Mekah, aku tidak akan dimalukan Hamzah Arab itu. Raja Nusyirwan punca segala-galanya dan aku patut membalas dendam kepadanya.”

Hikayat Amir Hamzah (3) - Memerangi Dewa Semandun

Tajuk : Hikayat Amir Hamzah (3) - Memerangi Dewa Semandun

Pengarang : Abdul Latip Talib

Penerbit : PTS Fortuna

ISBN : 978-983-192-213-2

Mukasurat : 352 Halaman



Quraisy Peri melihat ke udara, dia ternampak ayahandanya, Amir Hamzah memakai pakaian keemasan yang cantik -cantik, berhadapan dengan semua sahabatnya dan beberapa orang anak bidadari mengelilinginya. Demikianlah kemuliaan yang dianugerahkan Allah kepada dia dan semua yang syahid itu. Selepas itu Quraisy Peri dan Asma Peri serta semua jin yang bersama mengiringi memeluk agama Islam.

Makrifat Cinta

Tajuk : Makrifat Cinta

Pengarang : Taufiqurrahman Al-Azizy

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-11-2

Sambungan kisah Iqbal dalam mencari cinta. Kisah penamat bagi buku sebelumnya iaitu Syahadat Cinta dan Musafir Cinta. Kali ini Iqbal harus memilih sama ada Priscila, Zaenab ataupu Khaura yang akan menjadi jodohnya.

Review dari blogger yang membacanya:

1. http://devirul.multiply.com/reviews/item/9
2. http://imamchannel.wordpress.com/2008/05/27/trilogi-novel-spiritual-makrifat-cinta/
3. http://zalirock.multiply.com/reviews/item/1

Kalam Cinta Daripada Tuhan

Tajuk : Kalam Cinta Daripada Tuhan

Pengarang : Ali Sobirin El Muannatsy

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-19-8

Mukasurat : 480 Halaman

Kalam Cinta daripada Tuhan merupakan suatu kisah yang gambarannya menyentuh kalbu, dan berkisar pada perkara yang berlaku pada masa ini. Buku ini mengisahkan tentang kehidupan mahasiswa-mahasiswa di Universiti Islam Negeri (UIN), Indonesia.

Kisah cinta yang melanda para mahasiswa tanpa terjebak dalam nafsu dan syahwat haiwani, tetapi berorientasikan makna cinta dan kehidupan. Kisah cinta dihuraikan dalam perilaku-perilaku yang bermoral, memanfaatkan cinta sebagai semangat hidup untuk terus berjuang dan berkarya, dan mengaplikasikan kesejatian cinta. Masalah yang melanda tokoh utamanya, Jony, biasa terjadi kepada kebanyakan pelajar. Masalah cinta dan jati diri, masalah biasiswa dan wang kiriman, masalah masa hadapan, dan sebagainya.

Gambaran tentang keadaan sekeliling, rumah sewa yang padat dengan penyewa dan keakraban para penghuninya sungguh realistik. Juga gurauan, ungkapan, dan amalan para pelajar di rumah sewa. Latar belakang cerita UIN Ciputat juga sangat jelas dan mudah difahami, seolah-olah hasil suatu penelitian yang serius atau yang diambil daripada pengalaman langsung. Bukan hanya dari segi fizikal, tetapi juga segi sejarah dan falsafahnya. Daripada semua itu, yang paling menyenangkan adalah rujukan-rujukannya, cukup terperinci dan argumentatif.

Semangat tauhid juga sangat kental dalam novel ini. Diceritakan dengan cara yang memukaukan dalam bingkai kisah pergolakan batin seorang insan. Mengurai sesuatu berlandaskan agama Islam dengan cara yang mudah dan sederhana, dan memotivasi diri setiap pembaca. Menggerimiskan kalbu dan menghidupkan akal.

Surah-surah Rindu

Tajuk : Surah-surah Rindu

Pengarang : Saridah Hamid

Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3604-19-7

Mukasurat : 432 Halaman

Nurin Hannah, semasa kecil dirinya dilimpahi kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Meskipun dia sering dianggap berbeza daripada adik-beradiknya, tetapi dia tetap bahagia bersama ahli keluarganya. Dia diberi pendidikan sempurna dunia dan akhirat serta hidup sebagai Muslimah sejati.


Semasa menuntut di universiti, hatinya diketuk seorang jejaka yang terkenal di fakultinya. Ibunya sering berpesan memintanya usah berkasih di kala sedang belajar. Dia akur dengan ingatan itu. Akhirnya, dia menerima salam persahabatan daripada jejaka itu selepas melakukan solat istikharah. Persahabatan itu dirahsiakan daripada warga kampus dan juga keluarga. Hanya sahabat karibnya, Liyana yang mengetahuinya.


Namun, dilema gadis kacukan ini bermula apabila mengetahui hakikat sebenar identiti dirinya apabila usianya meningkat remaja. Rupa-rupanya dia seorang anak angkat. Kisah ini terbongkar apabila dia menemui sepucuk surat usang yang disimpan arwah ayahnya dengan lalai. Kedudukan dirinya semakin keliru. Dia adalah anak tidak sah taraf. Berat hatinya mahu menerima hakikat sebenar.


Apabila memikirkan dirinya yang ditatang penuh kasih sayang, hatinya terubat. Akhirnya dia bertemu dengan mamanya. Dia mengambil masa bagi menyesuaikan diri dengan mamanya. Kini, dia ada dua ibu. Adakah mamanya dapat menerimanya? Adakah perbezaan agama antara mereka menjadi penghalang hubungan anak dan ibu?

Hidayah Cinta

Tajuk : Hidayah Cinta

Pengarang : Ilham Hamdani

Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3604-71-5

Muka Surat : 416 Halaman


Ibaraki, atau lebih tepatnya perdaerahan Hitachi di tanah Sakura; tempat seorang pelajar Malaysia mendalami ilmu kejuruteraan mengambil tempat sebagai lokasi penceritaan. Bandar Hitachi; sebuah daerah di timur kotaraya Tokyo, bersempadan dengan laut, bukit-bukau yang hijau, tasik membiru menjadi latar sebuah permulaan percintaan, Umar Thilmisani dan Ayumi

Musafir Cinta

Tajuk : Musafir Cinta

Pengarang : Taufiqurrahman Al-Azizy

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-10-5

Mukasurat : 280 Halaman

Musafir Cinta, merupakan novel kedua dari rangkaian novel trilogi Makrifat Cinta karya Taufiqurrahman al Azizy.

Novel ini mengisahkan perjalanan Iqbal setelah ‘terusir’ dari pesantren di Solo. Setelah mengalami kebingungan hendak pergi kemana, akhirnya takdir mendamparkan dia di Banjarnegara. Disana ia berkenalan dengan beberapa pengamen yang ditemuinya di alun-alun, dan akhirnya tinggal di rumah salah satu pengamen tersebut, Firman, yang ternyata anak pengusaha kaya.
Dirumah orang tua firman inilah dia memutuskan untuk menghabiskan waktu 3 tahun, sebelum kembali ke pesantren untuk memenuhi janjinya pada kyai pengasuh pesantren. Dia memutuskan akan mengisi waktunya dengan menghapal al Qur’an.

Dirumah ini, dia menyaksikan firman dan teman2 nya yang suka mabuk2an, pesta narkoba bahkan juga pesta seks. Dia jadi ingat pada masa lalunya, dan bertekad untuk mengajak Firman dan teman-temannya untuk kembali ke jalan yang benar.
Sebuah dialog dengan Firman pada suatu malam, ternyata malah hampir membawanya kembali menjauh dari Allah. Tak ada lagi lantuan Al Qur’an dari mulutnya, sholat pun ia tinggalkan dan puncaknya, dalam kebingungannya untuk menemukan Tuhan, ia masuk ke sebuah gereja. Dalam gereja itu dia bertemu pendeta yang sangat bijak. Mereka lantas berdialog. Setelah berdialog dengan pendeta itu, sadarlah ia akan kesalahannya dan kemudian mencoba kembali mendekati Tuhan.
Lain halnya dengan Firman, dia memasuki beberapa tempat ibadah untuk menemukan Tuhan. Ingin ia menyampaikan tuntutannya pada Tuhan. Tuhan yang menurutnya telah dia sembah, namun tega merenggut nyawa adiknya dengan cara yang sangat tragis. Rupanya hal inilah yang membuat ia marah dan menjauhi Tuhan. Larut dalam narkoba dan minuman keras.

Merasa dalam hidup tak akan bisa bertemu dengan Tuhan, firman pun ingin segera menuju kematian, agar dapat bertemu dengan Tuhan. Digalinya lubang kubur untuk dirinya sendiri. Hal ini membuat heboh warga kota dan juga aparat kepolisian. Sebuah puisi dilantunkannya sebelum mengakhiri ajalnya

Duhai Kau yang disana
Disinilah aku menunggu Mu
Setelah sekian lama aku menyakini Mu
Dan kemudian meninggalkan Mu

Kemana lagi hendak kuhentakkan langkah
Ketika aku hanya menemukan jiwa gelisah
Tak kuasa menerima takdir Mu
Tak berdaya menghadapi kebesaran Mu

Dalam kesendirian jiwa kudekati Engkau
Tetapi semakin teggelam aku dalam jalan ini
Engkau semakin menjauh dariku
Tidak begitu berhargakah diriku di mata Mu
Duhai, Tuhan yang maha kuasa

Akankah aku harus menghadap Mu melalui kematian
Agar dapat menyaksikan wajahmu
Jika aku harus mati untuk bisa menemui Mu
Sudah ku gali liang kubur ini sebagai pintu untuk bertemu dengan Mu
Saksikanlah
Asyhadu an laa ilaha ilallah
Wa asyhadu anna muhammadar rasulullah…

Iqbal mencoba untuk meluluhkan hati firman agar mengurungkan niatnya untuk mengakhiri hidup dengan cara bunuh diri. Firman akhirnya tersadar bahwa caranya untuk bertemu Tuhan selama ini salah. Dia tinggalkan minuman keras, narkoba dan juga seks bebas. Tindakan ini diikuti pula oleh teman2nya yang berprofesi sebagai pengamen. Bahkan akhirnya semakin banyak pengamen jalanan yang akhirnya mulai kembali melaksanakan sholat dan meninggalkan minuman keras.

Dia Ataupun Dia?

Tajuk : Dia Ataupun Dia?

Pengarang : Sony Ade

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-22-8

Mukasurat : 272 Halaman

Roni dan Ina pernah saling mencintai, namun secara tiba-tiba Ina melangsungkan pertunangannya dengan lelaki lain. Hati Roni remuk. Walaupun Roni menyimpan rasa perih, dia tetap bersyukur kerana luka itu telah menyedarkannya dan menjauhkan dirinya dari maksiat, perbuatan yang amat dibenci Allah.
Ketika mendung di relung hati Roni masih belum lagi reda, Adelia muncul dalam hidupnya. Gadis berjilbab itu berjaya mengusik hati Roni. Wajah dan peribadi yang menawan bukanlah punca dia mendekati Adelia, tetapi kerana Adelia mirip sekali dengan Ina, gadis dari masa lalunya.
Mengapa bayangan Ina sering kali mengganggu Roni ketika dia merasakan luka di hatinya sudah mulai sembuh? Adakah perasaan yang mula berputik pada Adelia adalah semata-mata kerana Adelia mirip Ina? Lalu, siapa sebenarnya pasangan sejati yang dipilih Allah untuk Roni?

Hanya Tuhan Yang Tahu

Tajuk : Hanya Tuhan Yang Tahu

Pengarang : A. Razak Adam

Penerbit : PTS Fortuna

ISBN : 978-967-5136-05-4

Mukasurat : 363 Halaman

Sazali begitu setia dengan cintanya pada Rahayu. Mereka menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah lagi. Sazali sering memberikan kata-kata semangat kepada Rahayu supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, Rahayu mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan. Sazali berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti manakala Rahayu hanya bekerja sebagai pembantu di kedai perabot milik sepupunya, Jazlan.

Sikap Rahayu berubah sejak bekerja di kedai perabot itu. Hubungan Rahayu dengan Jazlan juga kian rapat sejak Sazali melanjutkan pelajaran di universiti. Akhirnya Rahayu berkahwin dengan Jazlan. Tarikh perkahwinannya sama dengan hari konvokesyen Sazali di universiti. Sazali datang juga pada majlis perkahwinan Rahayu bagi mengucapkan tahniah kepadanya.

Rahayu tetap bertahta di hati Sazali. Walau bagaimanapun, akhirnya Sazali memilih Fatimah, rakan sekampungnya, yang juga rakan sekampusnya. Gadis bertudung labuh ini pernah ditemui dalam mimpinya selepas melakukan solat istikharah. Hanya Tuhan yang Tahu... jodoh pertemuan ditentukan oleh-Nya.

Maryamah Karpov - Mimpi-mimpi Lintang

Tajuk : Maryamah Karpov - Mimpi-mimpi Lintang

Pengarang : Andrea Hirata

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-40-2

Mukasurat : 471 halaman

Bahasa : BahasaMalaysia

"Jika dulu aku tak menegakkan sumpah untuk sekolah setinggi tingginnya demi martabat ayahku,aku dapat melihat diriku dengan terang sore ini: sedang berdiri dengan tubuh hitam kumal, yang kelihatan hanya mataku, memegang sekop dengan gunungan timah, mengumpulkan nafas, menghela tenaga, mencedokinya dari pukul delapan pagi sampai maghrib, menggantikan tugas ayahku, yang dulu menggantikan tugas ayahnya. Aku menolak semua itu! Aku menolak perlakuan nasib pada ayahku dan kepada kaumku. Tuhan telah memeluk mimpiku, atas nama harkat kaumku, martabat ayahku, kurasakan dalam aliran darahku, saat nasib membuktikan sifatnya yang hakiki bahwa ia akan memihak kepada para pemberani"

Maryamah Karpov adalah novel keempat karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada November 2008. Maryamah Karpov merupakan buku terakhir dari Tetralogi Laskar Pelangi dan terdiri dari 2 buku, bagian pertamanya dengan sub judul : Mimpi-Mimpi Lintang. Di buku ini rencananya Andrea akan mengisahkan tentang Arai, Lintang, A Ling, dan beberapa pertanyaan yang belum sempat terjawab di 3 buku terdahulu.

Maryamah Karpov dirilis pada tanggal 28 November 2008 di toko buku MP Book Point, Jakarta, dan beredar secara resmi mulai tanggal 29 November 2008. Launching buku ini mendapatkan expose yang cukup besar dari media massa dan mendapat perhatian banyak dari khalayak pecinta buku terutama oleh penggemar tetralogi Laskar Pelangi. Bahkan ada beberapa pihak yang menganggap antusiasme terhadap perilisan buku Andrea Hirata ini sebagai JK Rowling-nya Indonesia.
Petikan dari buku Maryamah Karpov :

Keberanian dan keteguhan hati telah membawa Ikal pada banyak tempat dan peristiwa. Dengan sepenuh hati, Ikal rela berlayar mengunjungi pulau "Batuan" atau lebih dikenal sebagai pulau tempat para lanun berkumpul dan bersembunyi dari polisi. Ikal bersusah payah ke pulau itu hanya untuk bertemu A Ling, ia tidak peduli akan nyawanya. Keberaniannya ditantang ketika tanda-tanda keberadaan A Ling tampak. Dia tetap mencari, meski tanda-tanda itu masih samar. Dapatkah keduanya bertemu kembali? Novel ini menceritakan semua hal tentang Laskar Pelangi, A Ling, Arai, Lintang, dan beberapa tokoh dalam cerita sebelumnya. Tetap dengan sihir-sihir yang berupa kata-kata dalam bentuk tulisan, Anda akan dibawa Andrea pada kisah-kisah yang menakjubkan sekaligus mengharukan.

Beberapa link yang memberi komen tentang buku Maryamah Karpov
1. http://www.vaseppi.com/en/hiburan/maryamah-karpov/
2. http://ari-nugroho.com
3. http://najlazea.blogspot.com/2008/12/maryamah-karpov.html
4. http://bundarara.wordpress.com/2009/01/20/maryamah-karpov/

Di Bawah Naungan Cinta

Tajuk : Di Bawah Naungan Cinta

Pengarang : Ibnu Hazm El Andalusy

Penerbit : Al-Hidayah Publisher

ISBN : 978-983-2672-52-4


Cinta adalah kejujuran, ketulusan dan kesetiaan. Cinta sejati adalah kesucian yang harus dijaga. Cinta semestinya berhulu iman, bermuara takwa dan kebersihan jiwa. Itulah cinta yang ditegaskan oleh Ibnu Hazm El Andalusy dalam buku ini. Buku yang sejak awal kemunculannya begitu menggemparkan.
( Habiburrahman El Shirazy)

PENGARANG : Ibnu Hazm Al Andalusy
Dengan membaca buku ini, saya merasa tidak perlu lagi membaca buku lain yang membincangkan soal cinta. Subhanallah! Sungguh luar biasa, bernas dan rnengkagumkan. Buku memiflki keistimewaan tersendiri lantaran disampaikan dengan gaya bahasa yang sederhana dan mudah difahami, di samping banyak memuat kisah-kisah nyata tentang cinta yang mengkagumkan dan sarat dengan pengajaran. Inilah buku cinta yang sesuai dibaca bagi setiap peringkat usia di mana pembaca tidak akan merasa dibohongi oleh fakta-fakta yang ada di dalam buku ini.."

GadisAnia,
Suri Rumah dan Penulis Buku Best Seller Humor Cerdas Dunia Islam
"Inilah buku yang sejak sekian lama saya nantikan. Cinta disampaikan dalam , _ yang sederhana dan apa adanya tanpa wujud unsur yang berlebihan. Inilah buku mengenai cinta yang sukar dijumpai di samping banyak mengandungi pengajaran. Apatah lagi ia ditulis oleh seorang ulama, sasterawan sekali gus penyair dal. . .sJanggCl agung di zamannya. Ini adalah satu buku penuh emosi; satu buku mengenai cinta sebelum cinta, cahaya sebelum cahaya dan syurga. Saya anggap buku ini sebagai rujukan utama bagi saya ketika membincangkan soal cinta."

Anif Sirsaeba,
Pakar Motivasi dan Penulis Buku-buku Best Seller
Inilah antara karya yang membincangkan cinta. Buku Oi Bawah Naungan Cinta ini merupakan karya paling menarik dan mempersonakan. la membahas selok-belok cinta, di Barat mahupun Timur. la menelusuri segala Iiku-liku cinta, menganalisis fenomenanya dan mengupas falsafahnya mengikut realiti sejarah, kemudian menjelaskan pelbagai permasalahan pelik yang ada di sekelilingnya dengan gaya bahasa yang mudah difaham. Inilah buku yang tidak akan pernah kehilangan pesonanya sepanjang zaman. Sungguh menarik.

Di Atas Sajadah Cinta

Tajuk : Di Atas Sajadah Cinta

Pengarang : Habiburrahman El Shirazy

Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn Bhd

ISBN : 983-2672-49-X

"Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan_ Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya larikan wajah dan suaranya, ya Ilahi, berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu." Isak Zahid merayu kepada Tuhan sang Pencipta hati, cinta, dan segala keindahan semesta.

Zahid terus meratap hiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus dipaksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin dia meratap embun-embun cinta itu semakin deras air mata mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azabNya. Rasa cinta dan rindunya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya. Dalam puncak munajatnya .....

Sang Pemimpi

Tajuk : Sang Pemimpi

Pengarang : Andrea Hirata

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-01-3

Mukasurat : 227 Halaman

Nota: Terjemahan dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia

"Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..."
"Kita tidak akan mendahului nasib!!!"
"Kita lakukan yang terbaik di sini! Dan kita akan berkelana menjelajah Eropah sampai ke Afrika! Kita akan belajar di Perancis!... Apa pun yang terjadi!!!"
Sang Pemimpi adalah sebuah lantunan kisah kehidupan yang cukup mempesona dan nescaya akan berjaya membuat anda percaya tentang tenaga cinta, tentang kekuatan mimpi dan pengorbanan. Malah lebih dari itu akan membuat anda percaya kepada kekuasaan Tuhan. Andrea akan membawa anda berkelana dan menerobos sudut-sudut pemikiran hingga menemukan pandangan yang berbeza, malah luar biasa tentang nasib, tentang intelektual, kegembiraan yang meluap-luap, sekaligus kesedihan yang mengharu biru.

Andrea membawa anda mengembara pada kisah anak-anak Belitong yang cuba menperoleh pendidikan dengan pelbagai cabaran kehidupan yang cukup menyedihkan. Dimulai dengan kenakalan remaja yang kelihatan biasa, namun tanpa anda sedari, lambat laun watak-watak itu akan mengusai anda, membawa diri anda turut hanyut dalam gelombang hidup yang mengcengkam mereka.

Anda pasti tersenyum dengan humor halus yang bersahaja namun tersirat di dalamnya falsafah yang cukup rasional, erti perjuangan hidup dalam kemiskinan yang begitu membelit dan cita-cita yang cukup gagah yang di dukung oleh dua watak utama buku ini, Arai dan Ikal. Buku ini akan membuatkan anda merenung ke dalam diri sendiri dengan penuh pengharapan, menolak semua rasa putus asa dan

Edensor

Tajuk : Edensor

Pengarang : Andrea Hirata

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-02-0

Mukasurat : 262 Halaman

Kisah anak muda yang ingin mendaki puncak cabaran, menerjang batu granit kesulitan, menggoda marabahaya, dan memecahkan misteri dengan sains.
________________________________________
Sebuah gambaran dalam desa khayalan Kisah anak muda yang ingin mendaki puncak cabaran, menerjang batu granit kesulitan, menggoda marabahaya, dan memecahkan misteri dengan sains.
Dia ingin menghirup pelbagai pengalaman lalu terjun bebas menyelami labyrinth liku-liku hidup yang hujungnya tak dapat disangka. Dia dambakan kehidupan dengan kemungkinan-kemungkinan yang bertentangan antara satu sama lain seperti perlanggaran molekul-molekul uranium: meletup tak terduga, menyerap, mengikat, berganda, berkembang, terurai, dan berserakan ke arah yang tak terduga.
Dia ingin ke tempat-tempat yang jauh, menemui beragam-ragam bahasa dan berbagai-bagai bangsa. Mengembara, dan menemukan arah dengan membaca bintang-bintang di langit. Mengharungi padang dan gurun-gurun, melepuh dibakar matahari, terolang-aling dihentam angin, dan menciut dicengkam dingin.
Impikan kehidupan yang menggetar dan penuh dengan penaklukan. Aku ingin hidup! Ingin merasakan sari pati hidup!!

Ingin Aku Menggapaimu

Tajuk : Ingin Aku Menggapaimu

Pengarang : Nurhayati Pujiastuti

Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-12-9

Ketika masih memiliki hubungan yang dekat dengan Mahendra, Ratih yakin Mahendralah jodohnya. Bahkan ketika Mahendra mengalami kecelakaan hingga menyebabkan kakinya lumpuh, Ratih masih mempercayai keyakinannya itu. Segala rintangan sedia untuk dia hadapi.
Namun, keyakinan itu perlahan mulai pudar. Ternyata, mencari pasangan hidup bukanlah sebuah persoalan yang mudah untuk diselesaikan. Terutamanya ketika pernikahan itu demi memperoleh kebahagiaan tidak semata-mata di dunia ini, tetapi juga di akhirat kelak.
Novel ini akan membawa pembaca ke dalam keping-keping peristiwa yang dialami Ratih dalam menemukan tidak hanya pasangan hidup, melainkan juga kematangan peribadi dan iman.
“....tidak hanya menghantar petualangan spiritual yang indah, juga dengan dialog yang mudah namun puitis, khas gaya bercerita Nurhayati. Sangat mengasyikkan!”- Bambang Sukmawijaya, penulis di DDB Worldwide Indonesia
“Jika kau yakin cinta akan sentiasa memberikan kebahagiaan kepadamu, maka yakinlah bahawa lara itu hanya sebatas duri; hikmah yang akan menjadi sesuatu yang manis dalam risalah hidupmu. Meskipun kelam, kadang-kadang menjadi duri dalam igauan kesunyian jiwamu, terus tabahkan jiwa dan raga untuk menyangganya sungguhpun seluruh raga remuk-redam, terkoyak kerana kamu tidak kuasa menghadapi kenyataan. Kerana cinta ialah cahaya yang terselit di antara gelap dan terang kehidupanmu; maka carilah cinta sucimu yang agung dan tersenyumlah! Walau apapun tafsiranmu tentang cinta, ia tetap ada dan bersemanyam dalam hatimu.”

Zikir-zikir Cinta

Tajuk : Zikir-zikir Cinta

Pengarang : Anam Khairol Anam

Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-08-2

Mukasurat: 326 Halaman

Kisah hidup seorang pemuda dari dusun terpencil yang cuba mencari dunianya di tengah hiruk-pikuk kota. Namun, oleh kerana hidupnya yang serba kekurangan, masa depannya terpaksa dihabiskan di sebuah ‘penjara suci’ dan menjadi orang kepercayaan sang kiai. Cinta terlarang dalam dunia sekolah pondok yang cuba ditutupi kerana ditegah. Namun cinta si pemuda terbelah dua. Dia terpaksa membuat pilihan hati, memilih puteri kiai atau memilih orang biasa yang berasal daripada keluarga

Matahari Di Atas Gilli

Tajuk : Matahari Di Atas Gilli

Pengarang : Lintang Sugianto

Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-18-1

Muka Surat : 482 halaman

Kisah seorang gadis bernama Suhada yang berkahwin dengan Suamar seorang pemuda dari Pulau Gilli. Suhada kemudian mengikut suaminya ke Gilli dan tinggal di situ.
Di Gilli, Suhada melihat anak-anak di situ tidak mempunyai pelajaran lalu Suhada berusaha memberikan pendidikan kepada anak-anak di pulau itu tetapi mendapat tentangan daripada penduduk di sana.

Namun setelah berusaha akhirnya Suhada berjaya meyakinkan penduduk Pulau Gilli berkenaan kepentingan ilmu. Walaupun pada akhirnya, atas suatu sebab Gilli menjadi berbeza.

Dalam Mihrab Cinta


Tajuk : Dalam Mihrab Cinta

Pengarang : Habiburrahman El Shirazy

Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn Bhd

ISBN : 978-983-2672-50-0

Siang itu, Pondok Al-Furqan yang terletak di daerah Pagu, Kediri, jawa Tengah dikejutkan oleh satu peristiwa. Pengurus Bahagian Keamanan mengheret seorang santri yang disyaki mencuri. Beberapa orang santri langsung membelasah santri berambut gondrong itu. Santri itu berteriak kesakitan dan memohon supaya tidak dibelasah.

"Ampun, tolong jangan pukul saya. Sava tidak mencuri!" Santri yang wajahnya sudah berdarah itu disertai raut wajah meminta belas kasihan.

"Cepat mengaku. Kalau tidak pasti kupecahkan kepalamu!" Teriak seorang Santri yang bersongkok, hitam dengan wajah amat geram.

"Sungguh. bukan saya yang mencuri." Si Rambut Gondrong itu tetap tidak mahu mengaku perbuatan mencuri.

Dengan serta-merta, dua tumbukan melayang ke wajahnya. "Rasakan ini pencuri!" Teriak Kepala Bahagian Keamanan yang turut melayangkan pukulan. Si Rambut Gondrong mengeluh lalu pengsan.

Menjelang Asar, si Rambut Gondrong itu sedarkan diri. Dia ditahan dalam satu gudang pondok yang dijaga beberapa orang santri. Kedua tangan dan kakinya diikat. Air matanya berlinangan. Dia meratapi nasibnya. Seluruh tubuhnya terasa kesakitan. Dia merasa kematian sudah di depan mata.

Di luar gudang para santri ramai berkerumun. Mereka berteriak dalam marah dan geram.

"Pencuri jangan diberi kata maaf'."

"Belasah saja pencuri gondrong ini sampai mati!"

"Pencuri tidak sepatutnya mengaku sebagai santri. Ini kurang ajar. Tidak ada kata maaf"

Dia menangis mendengar sernua itu. Sepuluh punit kemudian pintu gudang terbuka. dia amat ketakutan. Tanpa dia sedari, die terkencing dalam seluarnya kerana takut yang teramat sangat. Para santri yang didera marah meluap hendak menerobos masuk ke dalam gudang. Tapi kepala kampung di kawasan Pondok melarang mereka dengan sedaya upaya. Pimpinan pondok kemudian masuk dengan wajah yang gementar menyaksikan kejadian itu.

Ketika Cinta Bertasbih (Episod 2)

Tajuk : Ketika Cinta Bertasbih (Episod 2)

Pengarang : Habiburrahman El Shirazy

Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn Bhd

ISBN : 978-983-2672-60-9

Mukasurat : 664 Halaman

Novel ini seolah menjadi titik cahaya di tengah keraguan anak muda untuk teguh memegang prinsip-prinsip Islami dalam kehidupan mereka. Dengan bahasa yang lembut dan memikat, penulis mengajak kita semua untuk banyak merenung kembali betapa indahnya hidup dalam naungan Al-Quran

Dr. Faizah Ali Sibromalisi, M.A
Doktor Sakit Puan, Graduan Universiti Al-Azhar, Cairo
Pensyarah Pasca Sarjana UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta

Jika anda ingin membaca novel cinta berliku yang bermotivasi dan mendidik, inilah novelnya, Ketika Cinta Bertasbih 2. Novel yang baik dan sangat menyentuh jiwa. Saya mengesyorkan novel ini sebagai salah satu rujukan pendidikan sastera yang harus dibaca oleh generasi muda.

Uswatun Hasana, S. Ph.D.
Guru Sasttera dan Bahasa Indonesia, SMAN 1 Salatiga

Ini adalah novel cinta sekaligus novel dakwah yang mencerdaskan minda dan penuh hikmah. Sangat membanggakan bahawa dwilogo Ketika Cinta Bertasbih 2 ini lahir jari jemasri emas sasterawan muda Indonesia yang begitu mencintai bangsa dan agamanya! Strong recommended untuk dihargai!

M. Junaidi, S.H., M.A
Pensyarah STRIKES Aisyiyah Surakata

Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1)


Tajuk : Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1)

Pengarang : Habiburrahman El Shirazy

Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn Bhd

ISBN : 978-983-2672-54-8

Mukasurat : 484 Halaman

Entah kenapa tiba-tiba ia merasa berdosa. la merasa berdosa dan jijik pada dirinya sendiri yang begitu rapuh, mudah terperdaya oleh tampilan luar yang menipu. la jijik pada dirinya sendiri yang ia rasa terlalu cair pada lawan jenis yang belum halal baginya. la hairan sendiri kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan dengan Eliana. Apakah telah sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. la beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali ia meminta ampun pada Dzat yang menguasai hatinya.


Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati ia bersumpah akan lebih menjaga diri, dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. la juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang Mesir tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus ia sirnakan.
la harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh siapapun juga. la yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita dari Eliana, dan lebih baik darinya. la yakin itu tekadnya. la ulang-ulang tekad itu dalam hatinya. la rajut dengan doa. la bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya.

Pudarnya Pesona Cleopatra

Tajuk : Pudarnya Pesona Cleopatra

Pengarang : Habiburrahman El Shirazy

Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn Bhd

ISBN : 983-2672-46-5

Tak terasa airmataku mengalir, dadaku sebak kerana rasa terharu yang teramat sangat. Tangisanku mulai gugur dalam isak tangisanku, semua kebaikan Raihana yang selama ini mulai terbayang di benak fikiranku. Wajahnya yang teduh bagaikan baby face, pengorbanan serta pengabdiannya yang tiada putusnya, dengan suaranya yang lembut, tangisannya yang mengalirkan perasaan haru dan cinta. Benar cinta itu datang dalam keharuan yang aku rasakan. Di saat keharuan yang aku rasai, ada hawa sejuk yang turun dari langit dan menusuk masuk dalam jiwaku. Pada ketika itu, pesona terhadap kecantikan Cleopatra mulai pudar...

Segera ku kejar waktu untuk membuktikan cintaku pada Raihana. Membuktikan rinduku yang tiba-tiba memenuhi set iap rongga dada ini. Air mat aku berderai-derai ku pecut laju kenderaan ku dengan diringi deraian air mata yang tiada hentinya membasahi setiap perjalanan ku pada saat itu aku tak peduli lagi, aku ingin segera sampai dan meluahkan semua rasa cinta ini padanya yang berhati mulia. Begitu sampai di halaman rumah mertua, tangisan ku sudah tidak dapat ditahan lagi. Ku tahan jua sambil menarik nafas panjang dan mengusap air mata yang gugur. Melihat kedatangan ku ibu mertua serta merta memelukku dan menangis terisak-isak. Aku jadi hairan dan ikut sama menangis.

"Mana Raihana bu?"

Ibu mertua hanya menangis dan terus menangis. Aku terus bertanya apa sebenarnya yang terjadi.

"Isterimu, Raihana dan anakmu yang dalam kandungannya!"
"Ada apa dengan dia!"

Impian Palestin

Tajuk : Impian Palestin

Pengarang : Randa Ghazy

Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn Bhd

ISBN : 983-2672-06-6

Kisah Sebuah Persahabatan, Cinta dan Peperangan Randa, gadis manis warganegara Itali berdarah Mesir yang baru berusia lima belas tahun ketika menyaksikan berita di kaca seorang kanak-kanak Palestin yang bemama Muhammad al-Durrah ditembak mati dengan sebutir peluru tentera Israel yang menembusi tubuh mungilnya. Hatinya betul-betui tersentuh akan apa yang dilihatnya itu. Dan Randa temyata adalah seorang gadis yang mempunyai bakat sastera yang luar biasa.


Randa tidak dapat mempercayai apa yang disaksikannya itu. Dia betul-betui tidak tahu apa sesungguhnya yang terjadi di bumi Palestin selain melalui berita dan analisis yang diwar-warkan oleh media Barat. Dia tidak percaya bahawa apa yang tengah disaksikannya juga dilihat dan sampai ke telinga seluruh masyarakat dunia.


Dia merasa hairan dan keliru. Maka dia kemudian memutuskan untuk mencari kebenaran. Dia banyak bertanya kepada kedua ibu bapanya, membaca buku dan melayari internet untuk mencari hakikat sebenar yang terjadi di Palestin. Setelah mendapatkan pelbagai jawapan dan maklumat yang memuaskan rasa ingin tahunya, maka dia menulis sebuah cerpen yang kemudiannya memperoleh penghargaan kesasteraan kanak-kanak di Itali.


Atas permintaan sebuah syarikat penerbitan di Itali, maka cerpen tersebut selanjutnya dijadikan sebuah novel yang sungguh menarik dan menakjubkan.


la mendapat sambutan ramai sehingga diulang cetak sebanyak tiga kali, dan mendapat ratusan komen dari para ahli. Novel ini diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa di banyak negara sehingga menjadi satu novel fenomenal di kalangan masyarakat antarabangsa, meskipun Lobby Yahudi cuba menyekatnya kerana mereka tidak ingin dunia membaca, melihat atau mendengar kisah rakyat Palestin selain menurut perspektif mereka sendiri

Moga Bonda Disayang Allah

Tajuk : Moga Bonda Disayang Allah

Pengarang : Tere-Liye

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-21-1

“Gelap, Melati hanya melihat gelap. Hitam. Kosong. Tak ada warna…. Senyap! Melati hanya mendengar senyap. Sepi. Sendiri. Tidak ada nada….”
Melati, gadis kecil yang berusia 6 tahun. Wajahnya lucu, comel, menyenangkan, namun dia buta dan tuli sejak umurnya 3 tahun. Selama 3 tahun itu dunia Melati gelap, kosong, sepi. Dia tidak mempunyai akses mengenal dunia dan seisinya. Rasa ingin tahu yang dipendam bertahun itu akhirnya memuncak, menjadikan Melati kecewa, hampa. Dia menjadi anak yang sukar untuk dikendali. Bonda Melati dan ayahnya sudah kehabisan cara. Mereka hampir putus asa apabila akhirnya harapan itu tiba….
Karang, lelaki yang kehilangan semangat hidup setelah 18 anak didiknya mati lemas akibat kecelakaan di laut. Dia menjadi pemabuk, putus asa, tidak peduli dan sinis terhadap semua perkara. Tuhan akhirnya menemukan dia dengan Bonda seterusnya Melati. Karang memutuskan untuk membantu anak gadis yang sering hadir dalam mimpi tidurnya itu. Tapi bagaimana? Melati tidak dapat melihat! Melati tidak dapat mendengar! Bagaimana untuk menemukan caranya? Caranya! Caranya! Caranya!
Namun akhirnya, Tuhan menemukan caranya ketika butir-butir hujan menghunjam bumi. Keajaiban itu datang ketika air pancut dan titisan hujan mengalir di sela jemari kecil Melati.
“Dia mencintai kanak-kanak. Bukan kerana mereka kelihatan menyenangkan, tapi kerana menyedari janji kehidupan yang lebih baik selalau tergenggam di tangan anak-anak….”

Kutemu Dikau Dalam Setiap Tahajudku

Tajuk : Kutemu Dikau Dalam Setiap Tahajudku

Pengarang : Desi Puspitasari

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-04-4

Mukasurat : 168 Halaman

Kutemu Kau Dalam Setiap Tahajudku mengisahkan tentang Agus, anak muda yang suka berlumba motosikal telah jatuh hati kepada Airin teman sekolahnya sejak dari kecil. Dalam masa yang sama, Dewa yang merupakan teman sekuliah Airin kini turut mencintai Airin. Airin yang merupakan seorang gadis yang patuh pada ajaran Islam menginginkan seorang yang mampu membimbing dia dan keluarganya.


Dia bukan mencari seorang kekasih tetapi 'imam' yang mampu memimpin keluarganya. Siapakah yang mampu merebut hati gadis manis ini? Bagaimana Dewa dan Agus bersaing untuk memiliki hati Airin?

Kasidah-kasidah Cinta

Tajuk : Kasidah-kasidah Cinta

Pengarang : Muhammad Muhyidin

Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd

ISBN : 978-983- 3892-05-1

Mukasurat : 220 Halaman


Gadis itu wajahnya seperti seribu bulan, si jejaka pula seperti seribu langit. Kedua-duanya anak ketua desa yang dikagumi. Namun kerana desa mereka seperti langit dan bumi, mereka terpisah. Si gadis datangnya dari desa yang bercahaya amalan agamanya berbanding si jejaka dari desa yang gelap pekertinya. Namun irama kasidah-kasidah cinta tetap beralun merdu. Saat si gadis rupawan cuba membimbing dan si jejaka cuba kembali ke jalan yang benar, mereka disalah sangka oleh penduduk kedua-dua desa. Hasilnya, pertelingkahan antara desa memuncak, berdarah. Si gadis dan si jejaka terpaksa membuat sesuatu demi keamanan. Sesuatu yang mampu menghentikan putaran matahari.

Hafalan Solat Delisa

Tajuk : Hafalan Solat Delisa

Pengarang : Tere-Liye

Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3892-20-4

Mukasurat : 280 Halaman

Delisa anak perempuan yang bermata hijau, bening dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria. Dalam suasana keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.

Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatkan senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu apakah Delisa mampu tetap tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?
"Buku yang indah ditulis dalam kesedaran ibadah. Buku yang mengajak kita mencintai kehidupan, juga kematian, mencintai anugerah juga musibah, dan mencintai indahnya hidayah."
Habiburrahman El Shirazy
(Penulis best seller Ayat-ayat Cinta)

Rindu Andalusia


Tajuk : Rindu Andalusia

Pengarang : Radwa Ashour

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

ISBN : 978-967-5102-20-2



Rindu Andalusia menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cardova. Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab el Ramlah. Badan Inkuisisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid, pusat sumber, sekolah dan orang perseorangan. Masjid diubah suai menjadi gereja dan Katedral.
Kalau ingin selamat minta sahaja dibaptis menjadi Kristian. Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim. Di dalam rumah mereka solat dan berkomunikasi dalam bahasa Arab tetapi di luar rumah mereka berbahasa Castile, menggunakan nama baptis dan menghadiri "misi suci" pada hari Ahad di gereja.
Sampai bila Saleemah, Saad, Hassan, Mariama dan semua keturunan Abu Jaafar sanggup mempertahankan iman? Suami Saleemah, Saad dipenjara. Dia sendiri difitnah mempraktikkan sihir kerana menyimpan ramuan herba tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian yang didapati dari pelbagai kitab berbahasa Arab. Dia dihukum bakar hidup-hidup. Bagaimana nasib Saad? Bagaimana Saleemah berhadapan dengan kehilangan nyawa di tangan penguasa biadap? Bagaimana pula si kecil, Aisyah yang dibela Bibi Mariama? Mampukah mereka bertahan daripada kekejaman yang bersembunyi di sebalik "misi suci" itu?
Rindu Andalusia merupakan buku pertama daripada 3 novel dalam Tsulatsiyah Gharnathat (The Granada Trilogy). Dua buah buku lagi akan segera terbit.

Ayat-ayat Cinta


Tajuk : Ayat-ayat Cinta

Pengarang : Habiburrahman El Shirazy

Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn Bhd

ISBN : 978-983-2672-36-4

Mukasurat : 510 Halaman

PEMENANG PENA AWARD NOVEL TERPUJI NASIONAL 2005
&
PEMENANG ANUGERAH PENGHARGAAN THE MOST FAVORITE BOOK 2005
Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-Ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-Ayal Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki — malah menghidu — perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.
Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di iuar dan di dalam negaranya.
A. Samad Said Sasterawan Negara

Berbeza rentak dan nada dengan Harry Potter, akhirnya AyatAyat Cinta terpilih sebagai The Most Favorite Book..."
MAJALAH MUSLIMAH, Edisi Januari 2006
"Penulis novel ini berjaya menggambarkan latar (setting) sosiobudaya Timur Tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. Bahasanya yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat, dan gambaran latar yang begitu hidup, menjadikan kisah dalam notel ini terasa seolah-olah ianya benar-benar terjadi. Ini adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!"
AHMADUN YOST HERFANDA Sasterawan dan Redaksi Budaya Republika

"Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam. Dan begitu dewasa!"
MOHAMMAD FAUZIL ADHIM Pakar Psikologi dan Penulis Buku-buku Best Seller

"Jika Naquib Mahfuz menulis Mesir dari pandangan orang Mesir, maka Mesir kali ini ditulis dalam pandangan orang Indonesia. Novel ini ditulis oleh orang Indonesia yang betul-betul faham selok-belok negeri itu, hingga kepada perincian-perincian yang paling kecil. Ianya hidup, berbaur dan berinteraksi dalam kehidupan sehari-hari; lalu menyerap roh dan pengetahuan darinya, dan dituangkan dengan sepenuh hati ke dalam bentuk novel yang kaya, Ditulis dengan bahasa yang lancar, dengan tokoh-tokoh yang "hidup" dan bersekilas pandang dalam pelbagai perwatakan. Membaca novel ini adalah seperti membuka cermin cakerawala yang terbuka...
JONIARIADINATA Penulis Cerpen, Redaksi Jumal Cerpen Indonesia

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger