Di Bawah Naungan Cinta

Tajuk : Di Bawah Naungan Cinta

Pengarang : Ibnu Hazm El Andalusy

Penerbit : Al-Hidayah Publisher

ISBN : 978-983-2672-52-4


Cinta adalah kejujuran, ketulusan dan kesetiaan. Cinta sejati adalah kesucian yang harus dijaga. Cinta semestinya berhulu iman, bermuara takwa dan kebersihan jiwa. Itulah cinta yang ditegaskan oleh Ibnu Hazm El Andalusy dalam buku ini. Buku yang sejak awal kemunculannya begitu menggemparkan.
( Habiburrahman El Shirazy)

PENGARANG : Ibnu Hazm Al Andalusy
Dengan membaca buku ini, saya merasa tidak perlu lagi membaca buku lain yang membincangkan soal cinta. Subhanallah! Sungguh luar biasa, bernas dan rnengkagumkan. Buku memiflki keistimewaan tersendiri lantaran disampaikan dengan gaya bahasa yang sederhana dan mudah difahami, di samping banyak memuat kisah-kisah nyata tentang cinta yang mengkagumkan dan sarat dengan pengajaran. Inilah buku cinta yang sesuai dibaca bagi setiap peringkat usia di mana pembaca tidak akan merasa dibohongi oleh fakta-fakta yang ada di dalam buku ini.."

GadisAnia,
Suri Rumah dan Penulis Buku Best Seller Humor Cerdas Dunia Islam
"Inilah buku yang sejak sekian lama saya nantikan. Cinta disampaikan dalam , _ yang sederhana dan apa adanya tanpa wujud unsur yang berlebihan. Inilah buku mengenai cinta yang sukar dijumpai di samping banyak mengandungi pengajaran. Apatah lagi ia ditulis oleh seorang ulama, sasterawan sekali gus penyair dal. . .sJanggCl agung di zamannya. Ini adalah satu buku penuh emosi; satu buku mengenai cinta sebelum cinta, cahaya sebelum cahaya dan syurga. Saya anggap buku ini sebagai rujukan utama bagi saya ketika membincangkan soal cinta."

Anif Sirsaeba,
Pakar Motivasi dan Penulis Buku-buku Best Seller
Inilah antara karya yang membincangkan cinta. Buku Oi Bawah Naungan Cinta ini merupakan karya paling menarik dan mempersonakan. la membahas selok-belok cinta, di Barat mahupun Timur. la menelusuri segala Iiku-liku cinta, menganalisis fenomenanya dan mengupas falsafahnya mengikut realiti sejarah, kemudian menjelaskan pelbagai permasalahan pelik yang ada di sekelilingnya dengan gaya bahasa yang mudah difaham. Inilah buku yang tidak akan pernah kehilangan pesonanya sepanjang zaman. Sungguh menarik.

0Komen Diterima:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen anda

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger